Catatan

Maklumat Ringkas

Imej
INFO :  Setiap bahagian cerita ada versi Bahasa Melayu (di sebelah atas) dan Inggeris (di sebelah bawah). Each parts of the story has Malay version (on the upper part) and English (on the lower part).

Pertemuan Dua Semester

Imej
BAHASA MELAYU " Arghhh, tertekannya aku. Baru awal semester, tugasan-tugasan kelas dah berlambak nak disiapkan. Huhuhu. ", keluh Najib setelah selesai kelas terakhir pada Jumaat petang itu. " Betul tu, padahal baru je bermula sesi pelajaran dan pembelajaran untuk semester ni ", balas Farif sambil dia mengemas semula peralatan menulis dan buku-bukunya ke dalam beg galas. " Jomlah, Farif. Kita pergi makan, rasa tertekan ni buatkan aku lapar pula ". " Engkau kalau tak tertekan pun memang asyik-asyik kebuluran juga, hahaha ", balas Farif dengan nada guraunya itu. " Sekebulur-bulur aku, perut masih kurus tau. Tak macam ada seorang budak tu, makan sedikit pun badan tetap gempal, hahaha ". " Ewah ewah ewah, seronok membahan orang ya. Depan-depan mata pula tu, hahaha ", balas Falif dan mereka pun tergelak bersama-sama. Lalu, mereka pun keluar dari kelas itu dan menuju ke kafeteria di bangunan asrama Laksamana. Sedang asyik berborak s...

Lindungan Abang Senior

Imej
BAHASA MELAYU Suasana petang yang redup dipenuhi dengan suara-suara lantang beberapa orang pelajar lelaki yang sedang seronok bermain bola sepak di padang dan juga pelajar perempuan yang sedang menghayunkan raket badminton mereka di gelanggang badminton tidak jauh dari padang itu. Manakala, di dua-dua belah bahu jalan pula kelihatan beberapa orang pelajar yang sedang berjogging dan berbasikal juga. Ada juga yang mengambil kesempatan pada waktu itu untuk bergurau-senda dan melepak bersama-sama dengan pasangan kekasih mereka di pondok-pondok yang dibina di tepi kawasan padang itu. Namun, hal itu bukanlah perkara yang pelik dan aneh bagi Farif yang sudah hampir dua semester belajar di universiti itu. Itu adalah pemandangan biasa pada waktu petang di situ. Dia yang baru sahaja selesai menghadiri kelas terakhir yang lambat habis pada hari itu sedang berjalan pulang di susur gajah sambil mendengar lagu melalui pod telinganya, malah beberapa kali dia menguap dek kerana jadual kelas sehariann...

Cinta Tak Tertahan

Imej
BAHASA MELAYU Seminggu telah berlalu dengan pantas setelah kejadian pada malam itu, sudah tiba masanya untuk Farif kembali semula ke Kolej Sains Melaka (KoSaKa) setelah sekian lama bercuti sakit di rumah. Farif terpaksa merahsiakan hal yang sebenar mengenai alasannya untuk cuti sakit daripada ibu dan bapanya bagi mengelakkan hal itu menjadi bertambah teruk dan dia juga tidak mahu membebankan Aris lagi. " Betul ni sudah sihat? Kalau tak sihat, sambung cuti lagi ", soal ibunya yang melihat Farif membawa beg galas besar keluar dari biliknya. " Apalah awak ni, dia ni anak jantan. Anak jantan mestilah kuat, setakat demam tu tak adalah sakit mana ", sampuk ayahnya yang sedang berehat di ruang tamu sambil menonton rancangan di televisyen. " Ibu dengan ayah tak perlu risau, abang okay je ni. Badan pun dah rasa segar, abang dah sihat dah ni ", kata Farif yang menggelarkan dirinya "abang" itu. Setelah dia bersalaman dengan ibu bapanya, dia pun memecut laj...

Malam Pertama: Ranjang Cinta

Imej
BAHASA MELAYU Sudah hampir sebulan sejak Farif meluahkan isi hatinya kepada Aris kala malam terakhir acara Hari Usahawan Muda sewaktu mereka berada di pondok atas bukit itu, namun Farif tetap tak boleh melupakan kejadian itu dan juga rasa malunya ketika itu. Namun, hal yang paling merungsingkan fikirannya adalah sejak dari hari itu juga dia tak pernah melepak lagi dengan Aris, apatah lagi melihatnya walaupun mereka duduk di bangunan asrama yang sama. Rasa bersalah mulai menghantui fikirannya dek kerana tindakannya itu telah membuatkan hubungan mereka mulai renggang. " Farif? Apa yang kau termenungkan lagi tu? Teringat dekat awek ke? ", sapa Najib yang perasan gelagat kawannya itu yang termenung ke luar tingkap bilik kuliahnya.  " Eh, Najib. Maaf sebab tak perasan pula kau di sini. Aku tak ada apa-apalah, cuma teringatkan tugasan kuliah Encik Hafetz hari tu, aku masih tak siapkan lagi dan esok pula sudah kena hantar ", balasnya bagi menyembunyikan hal sebenar itu. S...