Cinta Tak Tertahan


BAHASA MELAYU

Seminggu telah berlalu dengan pantas setelah kejadian pada malam itu, sudah tiba masanya untuk Farif kembali semula ke Kolej Sains Melaka (KoSaKa) setelah sekian lama bercuti sakit di rumah. Farif terpaksa merahsiakan hal yang sebenar mengenai alasannya untuk cuti sakit daripada ibu dan bapanya bagi mengelakkan hal itu menjadi bertambah teruk dan dia juga tidak mahu membebankan Aris lagi. "Betul ni sudah sihat? Kalau tak sihat, sambung cuti lagi", soal ibunya yang melihat Farif membawa beg galas besar keluar dari biliknya. "Apalah awak ni, dia ni anak jantan. Anak jantan mestilah kuat, setakat demam tu tak adalah sakit mana", sampuk ayahnya yang sedang berehat di ruang tamu sambil menonton rancangan di televisyen. "Ibu dengan ayah tak perlu risau, abang okay je ni. Badan pun dah rasa segar, abang dah sihat dah ni", kata Farif yang menggelarkan dirinya "abang" itu. Setelah dia bersalaman dengan ibu bapanya, dia pun memecut laju ke kolejnya dengan menunggang motorsikal walaupun langit pada petang itu mulai mendung dan beberapa guruh juga kedengaran. Nasibnya baik pada waktu itu kerana hujan turun dengan lebatnya sebaik sahaja dia sampai di asramanya. Dengan suasana yang dingin itu membuatkan dia terasa kesejukan lalu dengan pantas dia berlari naik ke biliknya. Namun, dia agak sedikit pelik melihat beberapa orang pelajar yang dia temui menjeling-jeling dan ada yang mengalihkan pandangan ke tempat lain sewaktu dia berjalan ke arah biliknya. Tidak sampai beberapa minit Farif tiba di biliknya, pintu biliknya diketuk beberapa kali membuatkannya terperanjat. "Weh, Farif. Balik juga kau hari ini, ingatkan dah lupa jalan ke sini, hahaha", gurau Najib setelah pintu itu dibuka. "Oh, engkau rupanya. Aku ingatkan siapalah tadi, terkejut aku, hahaha", balasnya lalu mereka pun twrus duduk di atas katil. "Kau ingat siapa tadi? Abang-abang senior itu ke?", kata-kata Najib itu membuatkan Farif sedikit terperanjat dan bingung. "Kau tak payah risaulah macam mana aku boleh tahu pasal senior-senior itu. Kejadian malam tu sudah ramai yang tahu. Lagi pun, kau sudah ada pelindungan. Beruntunglah kau sekarang", kata kawannya lagi. "Apa yang untungnya? Aku dengan dia hanya berkawan saja dan mungkin nasib aku baik dia datang pada waktu itu", kata Farif sambil mengemas pakaianya ke dalam almari. "Aku faham, kau ni memang betul-betul bengap, bukan? Hahaha". "Eh, kenapa kau cakap macam itu?". "Engkau tak tahu siapa abang Aris tu?", kata-kata Najib itu membuatkan Farif bingung dan tertanya-tanya akan maksud disebaliknya.

Malam ahad keesokkannya, Farif sedang menyiapkan tugasan kuliahnya di dalam bilik sejurus sahaja selesai mengisi perutnya pada waktu itu. Namun, dia sedikit hilang tumpuan dek kerana fikirannya agak terganggu dengan  kata-kata Najib pada malam semalam. Dia agak terkejut dan tidak mempercayainya apabila dia mengetahui hal yang sebenar dari cerita kawannya. "Farif!", Aris menyapanya sambil menyentuh bahu kanan Farif, membuatkan Farif terkejut dan sedikit melatah. "Oh, Aris. Eh erkkk, abang Aris. Maaf, saya tak dengar abang masuk tadi", balasnya. "Eh, kenapa gelar aku abang? Panggil je Aris macam selalu". "Erkkk, tak biasalah abang. Adik selesa panggil abang macam itu". "Oh, hahaha. Suka hati kaulah nak panggil aku macam tu, janji kau gembira", kata Aris lalu dia pun menyambung bertanyakan khabar Farif dan keadaan dirinya sekarang dan dari situ, mereka pun mulai berborak-borak sepanjang malam itu. "Ab... abang, boleh adik tanya sesuatu?", soal Farif tatkala dia melihat kesempatan yang ada. "Oh, tanyalah", balas Aris sambil menatap dirinya. "Adik ada dengar khabar yang abang... ermmm", Farif masih ragu-ragu untuk bertanyakan soalan itu namun sepertinya Aris memahami pertanyaan itu. "Ya, segala yang dikhabarkan itu adalah betul. Aku adalah orang yang sepatutnya menjadi bakal ketua Ghumah Laksamana ni untuk semester depan. Tapi, aku tak berminat dan aku dah lepaskan pada orang lain", kata Aris sebelum dia menyambung lagi, "Aku faham ramai bercerita tentang aku dan kau juga sudah tahu hal itu dan yang lain-lain, apatah lagi sekarang kau di bawah perlindungan aku. Tapi, aku tak pernah pun fikirkan pasal tu. Sekarang aku fikir untuk belajar dan berkawan sahaja". Farif mendengar dan mengangguk faham atas kata-kata "abang angkat" dia itu, malah dirinya juga puas setelah menerima jawapan kepada pertanyannya tadi. "Maafkan adik sebab tanya soalan itu, adik sanggup terima hukuman kalau adik sudah buatkan abang marah", kata Farif sambil menundukkan kepalanya. "Ish, engkau ni memang tak dengar apa-apa yang aku ceritakan tadi ke? Otak kau mengelamun ke tadi? Hahaha", balas Aris dengan nada guraunya sambil tersenyum melihat gelagat Farif itu. "Eh, sudahlah. Kita tukar topik perbualan, bosan pula dengar cerita pasal aku je. Ceritalah pula pasal kau, aku pasti cerita kau lagi menarik dari aku, hahaha", katanya lagi sebelum mereka berdua pun tergelak bersama. Sedang mereka asyik berborak-borak semsama mereka pada malam itu, tanpa mereka sedari seseorang telah terdengar perbualan-perbualan mereka itu secara senyap-senyap disebalik pintu sebelum orang itu membatalkan hasratnya dan berlalu pergi.

Selang beberapa hari selepas itu, tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar dan juga pensyarah kolej itu. Pada hari Sabtu itu bakal diadakan Hari Usahawan Muda anjuran oleh pihak Persatuan Usahawan Niaga. Maka, suasana  di kawasan dataran astaka sebelum itu sangat sibuk dengan kegiatan pemasangan khemah dan peralatan-peralatan pentas, manakala beberapa ahli persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang sudah mendaftar juga sedang giat mempersiapkan gerai-gerai mereka di situ sambil dibantu oleh para penasihat persatuan dan kelab mereka. "Weh, Najib. Kau ada masa terluang tak malam ini, jomlah kita pergi dataran sana. Banyak lagi gerai yang aku tak cuba lagi", ajak Farif sewaktu singgah sebentar di biliknya dari surau. "Eh, Farif. Maaf dowh, petang ni giliran aku pula jaga gerai kelab aku", balas kawannya sambil dia sedang bersiap-siap memakai pakaian kelabnya itu. Farif pun mengangguk faham sebelum dia pun berjalan balik ke biliknya. Tanpa sedar, dia sedang melintasi bilik Aris lalu terlintas di fikirannya untuk mengajak dia melepak malam ini. Walaupun dia sudah berdiri di hadapan bilik Aris, namun dia kelihatan gelisah dan bermundar-mandir ke kiri dan ke kanan kerana masih teragak-agak untuk mengajaknya. Tanpa dia sedari, pintu itu terbuka dan Aris sedang i gin keluar dari biliknya sebelum dia perasan Farif sedang mundar-mandir di situ. "Apa yang kau mundar-mandir ni? Gelisah betul aku tengok", sapa Aris membuatkan Farif terperanjat. "Eh, abang. Ap... pa khabar? Si... sihat?", balas Farif tergagap-gagap menambahkan lagi rasa curiga yang Aris alami pada waktu itu. "Hahaha, peliklah aku tengok kau ni. Okaylah, aku nak gerak pergi makan", kata Aris sebelum dia menyarung seliparnya dan mulai berjalan ke tangga. "Erkkk... abang", kata Farif tergagap-gagap membuatkan Aris menoleh ke arahnya sebelum dia menyambung lagi, "Ab... abang ada masa lapang tak malam ini?". Aris berfikir sejenak sebelum berkata, "Oh, hmmm. Tak ada hal penting pun malam ni, mungkin aku pergi dataran untuk malam terakhir acara tu. kenapa?". "Oh, faham. Tiada apa-apa, hehehe", kata Farif sebelum dia cuba berjalan pergi. "Kau nak ikut sekali tak?", ajak Aris membuatkan Farif berhenti dan menoleh ke arahnya. "Malam ni jam 8:30malam dan lepas Isyak, kau datang bilik aku. Kita gerak bersama-sama nanti", kata Aris lalu Farif pun mengangguk faham sambil tersenyum sebelum dia balik ke biliknya. Langit yang cerah sudah hilang terangnya sehingga malam pun berkunjung tiba. Setelah usai mengerjakan sembahyang Isyak, Farif pun bergegas merapikan pakaiannya sebelum berjalan turun ke bilik abang seniornya. "Wah, tak sangka kau memang menepati masa. Betul-betul berdisiplin ni, hahaha", sapa Aris apabila melihat Farif yang berpakaian kemeja-T berkolar warna merah dan berseluar "jeans" hitam sedang bersandar di tembok. "Eh, tak adalah, abang. Biasa-biasa je, hehehe", balas Farif sambil terpesona melihat "abang angkat" dia yang berpakaian ringkas, berbaju kemeja-T berleher-V berwarna putih, berseluar "slack jeans" pendek berwarna kelabu dan bersandal. "Wah, kacaklah abang ni. Patutlah ramai peminat", puji Farif secara spontan. "Ewah ewah ewah, lain macam pujian kau ya. Suka dekat aku ke? Hahaha", balas Aris dengan nada perlinya lalu Farif hanya tersenyum-senyum malu walaupun hatinya agak terperanjat dengan kata-kata Aris itu.

Suasana acara di dataran itu sungguh meriah dikunjungi oleh para pelajar, pensyarah-pensyarah dan juga pekerja-pekerja sokongan yang hadir untuk melepak dan merasai masakan-masakan yang disediakan oleh gerai-gerai kelab dan persatuan di situ. Malah, dataran itu juga dihiasi oleh hiasan-hiasan lampu yang bercahaya berwarna-warni dan juga bingit-bingit sorakan dari kawasan pentas yang berlangsungnya pertandingan akhir malam kebudayaan itu. Aris dan Farif  juga tidak terkecuali menikmati saat-saat itu dengan merasai juadah-juadah enak yang dimasak dan disediakan oleh penjual-penjual itu. Bukan itu sahaja, mereka juga kelihatan seronok bermain permainan-permainan hiburan keluarga yang ditawarkan oleh kelab-kelab sukan seperti permainan memanah dan bowling. "Weh, Farif. Jomlah naik sini, muat lagi untuk dua orang sekali", ajak Aris yang sudah pun duduk di atas salah satu kenderaan mikromobiliti jenis skuter. "Eh, tak apalah, abang. Sempit nanti nak duduk", balasnya sambil memegang bekas yang berisi nugget cucuk dan sosej cucuk dan secawan air. "Alahai, kau ni pemalu betullah. Cepatlah, aku nak main ni", setelah beberapa kali didesak oleh Aris, akhirnya Farif akur juga arahannya itu lalu jalan mendekatinya dan membonceng skuter itu. 'Vroommm', pendikit minyak dipulas Aris secara mengejut sehingga membuatkan tubuh Farif tersentak ke belakang. Secara spontan, Farif terus merangkul kuat pada pinggang Aris saat dirinya hampir terjatuh. "Alahai, manisnya awak peluk kita, hahaha", kata Aris dengan nada perlinya membuatkan Farif terkejut lalu cepat-cepat dia menarik tangannya semula. "Hahaha, malulah tu pegang pinggang kita", kata Aris lagi sambil pendikit minyak itu dipulas lagi sehingga skuter itu semakin laju melalui jalan itu. "Ish, abang ni. Sekarang ni pun orang dah pandang kita lain macam sebab hal itu", balas Farif sambil menghirup airnya. Setelah agak lama mereka menikmati tunggangan itu, waktu sewaan juga sudah habis dan mereka memulangkan semula skuter itu pada penyewa servis itu. "Lepas ni, kau nak pergi mana pula?", soal Aris sambil mengunyah nugget goreng itu. "Entahlah, abang. Lambat lagi untuk pertunjukkan bunga api bermula tapi kita dah habis berpusing-pusing tempat ni", balas Farif sambil dia menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari tempat yang boleh dikunjungi lagi. Lalu, Aris terlihat satu tempat yang agak menarik baginya. "Jom, aku tahu nak lepak mana lagi", ajaknya sambil berjalan ke arah bangunan itu sambil diikuti oleh Farif yang masih tertanya-tanya. "Rumah hantu? Seronok ke masuk sini", soal Farif kerana dia tak pernah sesekali memasuki mana-mana rumah hantu sebelum ini. "Kau tak pernah masuk ke?", balas Aris yang bingung lalu Farif pun menggelengkan kepalanya. "Hahaha, bagus bagus. Rumah hantu ni seronok tau, jom kita masuk", kata Aris lagi sebelum dia ke kaunter untuk membeli tiket. Pada awalnya semua nampak baik-baik sahaja, namun Farif mulai terkejut sakan dan juga beberapa menjerit ketakutan setelah itu dek kerana jerkahan-jerkahan hantu-hantu seram yang ada di dalam rumah hantu itu. Sehinggalah mereka keluar dari tempat itu, Farif masih lagi menyorok di belakang badan Aris kerana ketakutan, manakala Aris hanya tergelak terbahak-bahak melihat gelagat lucu Farif itu. "Saya tak mahu lagi masuk rumah hantu, menyesal betul", kata Farif sambil meneguk air mineral dek kerana tekaknya kehausan setelah menjerit tanpa henti.

"Perhatian kepada para pengunjung yang hadir pada acara Hari Usahawan Muda, pertunjukkan bunga api akan dimulakan dalam masa 10 minit lagi. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan kemeriahan cahaya berwarna-warni di langit malam hari ini", satu pengumuman telah dibuat oleh pengacara majlis pada waktu itu dan kelihatan orang ramai mulai berpusu-pusu menuju ke arah padang berdekatan. "Ramai pula yang datang malam ni, sudah pasti sesak dekat padang tu nanti. Kalaulah ada tempat yang tak sesak dan senang untuk tengok pertunjukkan itu", keluh Aris yang melihat para pengunjung di situ. Setelah melihat sekeliling, terlintas  di fikiran Faris akan satu tempat yang agak baik untuk mereka berdua menyaksikan acara itu. Dengan masa yang berbaki lima minit, mereka berdua terus bergegas ke tempat yang dikatakan itu. "Wah, terbaiklah Farif. Memang terbaiklah tempat ni, tak sesak dengan orang dan juga tempat bagus untuk tengok bunga api", puji Aris setelah mereka tiba di pondok itu. Kedudukan pondok itu terletak di atas bukit berdekatan dengan padang dan agak tersorok kerana dikelilingi dengan pohon-pohon tinggi. Ini bukanlah pertama kali Farif pernah jejaki pondok itu kerana dia sudah beberapa kali lepak bersendirian di situ dan juga dia mengambil kesempatan ini untuk berdua-duaan dengan Aris. "Ab... abang, saya nak cakap sikit ni abang jangan marah ya", kata Farif sambil menundukkan kepalanya sambil kedua-dua tangannya menggenggam erat antara satu sama lain. "Kalau hal-hal okay sahaja, tidaklah aku marah. Jadi, kau nak tanya apa tu?", balas Aris sambil menjilat-jilat aiskrim yang digenggamnya. "Sebenarnya... erkkk... sebena... ermmm", kata Farif yang tergagap-gagap kerana sedikit takut bercampur malu. "Sebenar, sebenar, apa yang sebenarnya tu", jerkah Aris membuatkan Farif sedikit terkejut. "Sebenarnya, adik cintakan abang", Farif mengatakannya dengan keberanian yang masih tersisa. Aris yang tadinya rancak menikmati aiskrim itu pun terhenti seketika setelah mendengar kata-kata Farif itu. Pada masa yang sama, beberapa mercun bunga api mulai meluncur tinggi ke langit gelap di situ. Lalu, Aris pun menoleh ke arah Farif, yang mana Farif juga mendongakkan kepalanya dan melihat ke arah Aris, membuatkan kedua-dua saling bertentangan mata lalu dihiasi dengan dentuman dan kecantikkan bunga api-bunga api yang menerangi langit bagaikan adegan di dalam Anime. Sepanjang pertunjukan bunga api itu, mereka hanya melihat permandangan langit yang bercahaya itu tanpa berkata apa-apa. Kedengaran sorakan dan tepukan gemuruh dari pengunjung-pengunjung yang hadir di padang itu setelah tamatnya pertunjukkan itu dan suasana di bukit itu pun mulai gelap semula dan hanya ditemani dengan lampu-lampu jalan yang samar-samar cahayanya. "Erghahhh, habis sudah pertunjukkan bunga api. Okaylah, jom balik", kata Aris sambil tubuhnya menggeliat kerana otot-ototnya yang mulai lesu dan tegang sebelum dia bangun dan mulai berjalan pulang. Farif pun mengangguk lalu mengikutinya dari belakang. "Jalan cepat sedikit, nanti kena culik, siapa yang susah? Aku juga", kata Aris yang perasan kelakuan pelik Farif itu lalu dia pun merangkul bahu Farif sepanjang mereka berjalan kaki menuruni bukit itu. Perasaan Farif yang malu pada awalnya mulai hilang dan diganti pula dengan rasa gembira yang tak terkata pada waktu itu, apatah lagi rasa hangat tubuh Aris dan bau minyak wangi yang dipakainya itu menaikkan rasa nafsunya sehinggakan terasa kotenya yang mulai menegang dan berdenyut kencang.

 M.N.A_97
Faris_Shah

×

×

×

ENGLISH

A week has passed quickly after the incident that night, it's time for Farif to return to Melaka Science College (KoSaKa) after a long sick leave at home. Farif had to keep the truth about his reason for sick leave from his parents to prevent it from getting worse and he also didn't want to burden Aris anymore. "Is it true that you are healthy? If you are not healthy, continue stay here more", asked his mother who saw Farif carrying a large backpack out of his room. "What's wrong with you, he's a boy. A boy must be strong, it just a fever, it's not a pain", interrupted his father who was resting in the living room while watching a show on television. "Mom and dad don't need to worry, I am okay. My body feels fresh, I am more healthy", said Farif. After he shook hands with his parents, he sped off to his college on a motorcycle even though the sky that evening was cloudy and some thunder was also heard. He was lucky at that time because it was raining heavily as soon as he reached his hostel. The cold atmosphere made him feel cold and he quickly ran up to his room. However, it was a little strange to him to see some of the students he met were squinting and some were looking away as he walked towards his room. It wasn't until a few minutes that Farif arrived at his room, his room door was knocked several times making him startled. "Hey, Farif. At last you are back today, I thought you forgot how to get here, hahaha", joked Najib after the door was opened. "Oh, it's you. I thought others, I was surprised, hahaha", he replied and then they sat down on the bed. "Do you know whose did it? The seniors?", Najib's words made Farif a little surprised and confused. "You don't have to worry about how I know what happen to you before. Many people already know what happened that night. After all, you already have protection. You are lucky now", said his friend again. "What's the good? Me and him are just friends and maybe it's my luck that he came at that time", said Farif while packing his clothes in the closet. "I understand, you're really dumb, aren't you? Hahaha". "Eh, why do you say that?". "You don't know who Aris is?", Najib's words left Farif confused and wondering about the meaning behind it.

The next Sunday night, Farif was doing his assignment in the room as soon as he finished having his dinner at that time. However, he lost his concentration a little because his mind was somewhat disturbed by Najib's words last night. He was quite surprised and didn't believe him when he found out the truth from his friend's story. "Farif!", Aris greeted him while tapping Farif's right shoulder, making Farif startled and lash out a little. "Oh, Aris. Eh erkkkk, brother Aris. Sorry, I didn't hear you come in earlier", he replied. "Eh, why call me brother? Just call me Aris like always". "Erkkk, it's quite unconfortable, brother. I feel comfortable calling you that". "Oh, hahaha. It is up to you to call me as you wish, as long as you happy", said Aris and then he continued to ask how Farif was doing and how he was now and from there, they started chatting throughout the night. "Brother... brother, can I ask you something?", asked Farif when he saw the opportunity. "Oh, okay", answered Aris while looking at himself. "Brother, is it true that you are... ermmm", Farif was still hesitant to ask the question but Aris seemed to understand the question. "Yes, everything that had been told is true. I am the person who should be the future leader of Ghumah Laksamana for next semester. But, I am not interested and I have left it to others", said Aris before he continued, "I understand many talk about me and you already know that and other things, not to mention that you are under my protection. But, I never even thought about that. Now I just think about studying and making friends". Farif listened and nodded his understanding at the words of his "adopted brother", even he was satisfied after receiving the answer to his question earlier. "I'm sorry brother for asking that question, I am willing to accept the punishment if I have made you mad", said Farif while bowing his head. "Ish, you really didn't hear anything I told you earlier? Your brain was daydreaming earlier? Hahaha", replied Aris with a joking tone while smiling at Farif's behavior. "Eh, that's enough. We'll change the topic of conversation, I'm tired of hearing stories about me. Tell me about you, I'm sure your story is more interesting than mine, hahaha", he said again before they both laughed together. While they were busy chatting with each other that night, without them realizing that someone had heard their conversations quietly behind the door before that person canceled his wish and walked away.

A few days later, the day that the students and lecturers of the college were waiting for arrived. On Saturday, there will be a Young Entrepreneur Day organized by the Association of Business Entrepreneurs. Therefore, the atmosphere in the area of ​​the pavilion was very busy with the installation of tents and stage equipment, while some members of the associations and clubs that had registered were also actively preparing their stalls there with the help of association advisors and their club. "Hey, Najib. You have free time tonight, let's go to the event. There are many more stalls that I haven't tried yet", invited Farif during a short stop in his room from the mosque. "Eh, Farif. Sorry bro, this evening it's my turn to take care of my club booth", replied his friend while he was getting ready to put on his club clothes. Farif nodded in understanding before he walked back to his room. Without realizing it, he was crossing Aris's room and it occurred to him to try to invite him to hang out tonight. Although he was already standing in front of Aris's room, he looked restless and was pacing left and right because he was still hesitant to ask him out. Unbeknownst to him, the door opened and Aris was about to leave his room before he noticed Farif pacing there. "Why are you going back and forth about? It seem really strange to see", said Aris, making Farif startled. "Eh, brother. What... how are you? We... well?", replied Farif stuttering, adding to the suspicion that Aris experienced at that time. "Hahaha, it's strange looking at you right now. Never mind, I want to go eat", said Aris before he put on his slippers and started walking to the stairs. "Erkkk... brother!", Farif said stuttering making Aris turn to him before he continued again, "Brother... do you have free time tonight?". Aris thought for a moment before saying, "Oh, hmmm. There's nothing important tonight, maybe I'll go to the event as it is the last night of the event. Why?". "Oh, got it. Nothing, hehehe", said Farif before he tried to walk away. "Do you want to come along?", asked Aris, making Farif stop and turn to him. "Tonight at 8:30pm and after Isyak, you come to my room. We'll walk together later", Aris said and Farif nodded in understanding while smiling before he went back to his room. The bright sky has lost its light until night falls. After finishing the Isyak prayer, Farif rushed to tidy up his clothes before walking down to his senior brother's room. "Wow, I didn't think you were on time. You're really disciplined, hahaha", greeted Aris when he saw Farif dressed in a red collared T-shirt and black "jeans" leaning against the wall. "Eh, it's not that, brother. It's normal, hehehe", replied Farif while being fascinated to see his "adopted brother" who was dressed simply, in a white V-neck T-shirt, short gray "slack jeans" and sandals. "Wow, you are so handsome. No wonder you had many secret admirers", praised Farif spontaneously. "Ewah ewah ewah, it's not your kind of compliment. Do you like me? Hahaha", replied Aris in his sarcastic tone and Farif just smiled shyly even though his heart was a little surprised by Aris' words.

The atmosphere of the event in the event was really lively visited by students, lecturers and also support workers who came to hang out and taste the cuisine prepared by the stalls of clubs and associations there. In fact, the square was also decorated with colorful lights and cheers from the stage area where the final competition of the cultural night took place. Aris and Farif also enjoyed those moments by tasting the delicious dishes cooked and prepared by the sellers. Not only that, they also seem to enjoy playing family entertainment games offered by sports clubs such as archery and bowling. "Hey, Farif. Let's go up here, fit two people at a time", invited Aris who was already sitting on one of the scooter-type micromobility vehicles. "Eh, it's okay, brother. You just play it", he replied while holding a container containing nuggets and sausage and a cup of water. "Oh, you're really shy. Hurry up, I want to play this", after being urged several times by Aris, Farif finally agreed to his instructions and walked towards him and hitched a ride on the scooter. 'Vroommm', Aris turned the gas throttle suddenly so that Farif's body jerked back. Spontaneously, Farif continued to hug Aris tightly when he almost fell. "Oh my, how sweet you are to hug me, hahaha", said Aris in his sarcastic tone which surprised Farif and then he quickly pulled his hand back. "Hahaha, do not be shy to hold my waist", Aris said again as he twisted the gas throttle again so that the scooter went faster through the road. "Ish, brother. Even now people look at us differently because of that", replied Farif while sipping his water. After some time they enjoyed the ride, the rental time was also over and they returned the scooter to the service renter. "After this, where do you want to go?", Aris asked while chewing on the fried nugget. "I don't know, brother. It's gonna be a while for the fireworks show to start, but we've already done enjoying this place", replied Farif as he looked to the right and left to find another place to visit. Then, Aris saw a place that was quite interesting for him. "Let's go, I know where to hang out next", he invited as he walked towards the building followed by Farif who was still wondering. "Haunted house? Is it fun to enter it?", asked Farif because he had never entered any haunted house before. "You've never been in?", replied Aris who was confused and Farif shook his head. "Hahaha, good, good. This haunted house is fun, let's go in", said Aris again before he went to the counter to buy a ticket. At first everything seemed fine, but Farif started to get shocked and some screamed in fear after that because of the scary ghosts inside the haunted house. Until they left the place, Farif was still hiding behind Aris's body because of fear, while Aris just laughed out loud seeing Farif's funny behavior. "I don't want to go into the haunted house again, I really regret it", said Farif while sipping the mineral water because his throat was thirsty after screaming non-stop.

"Attention to visitors that attending this Young Entrepreneurs Day event, the fireworks show will start in 10 minutes. Don't miss this opportunity to witness the colorful lights in the sky tonight", an announcement was made by the host of the ceremony on that time and it looked like people started flocking towards the nearby field. "A lot of people are going there, it will definitely be crowded on the field later. If only there was a place that wasn't crowded and easy to watch the show", complained Aris as he looking around the visitors there. After looking around, Farif had an idea that there would be a good place for the two of them to witness the event. With five minutes left, the two continued to rush to that place. "Wow, you are the best. This place is really the best, it's not crowded with people and it's also a good place to watch fireworks", praised Aris after they arrived at the hut. The position of the hut is located on a hill close to the field and is somewhat hidden because it is surrounded by tall trees. This is not the first time Farif has visited the hut because he has hung out alone there several times and also he took this opportunity to be alone with Aris. "Brother... brother, I want to tell you something, but you don't be angry, okay?", Farif said while bowing his head while holding both his hands tightly to each other. "If things are okay, I won't be angry. So, what do you want to ask?", replied Aris while licking the ice cream he was holding. "Actually... erkkkk... really... ermmm", said Farif who was stuttering because of a little fear mixed with embarrassment. "What the fuck do you wanna said?", Aris said, making Farif a little surprised. "Actually, I... I loves you", Farif said with the remaining courage. Aris, who was enjoying the ice cream, stopped for a moment after hearing Farif's words. At the same time, several firecrackers began to slide high into the dark sky there. Then, Aris turned to Farif, to which Farif also raised his head and looked at Aris, making the two catch each other's eyes and then the sky begin to decorate with the bang and beauty of fireworks that lit up the sky like a scene in Anime. Throughout the fireworks display, they just looked at the scene of the glowing sky without saying a word. Loud cheers and applause could be heard from the visitors who were present in the field after the end of the show and the atmosphere on the hill began to darken again and was only accompanied by the dimly lit street lights. "Erghahhh, the fireworks show is over. Okay, let's go back", said Aris as his body writhed because his muscles were starting to get tired and tense before he got up and started walking home. Farif nodded and followed him from behind. "Go a little fast, if you get kidnapped, who's going to have a hard time? Me, bro", said Aris who noticed Farif's strange behavior and then he hugged Farif's shoulder as they walked down the hill. Farif's shy feeling at the beginning began to disappear and was replaced by a feeling of happiness that was unspeakable at that time, not to mention the warmth of Aris' body and the smell of the perfume he was wearing increased his lust so much that he could feel his cock starting to tighten and pulsate.

M.N.A_97
Faris_Shah


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Ringkas

Pertemuan Dua Semester

Malam Pertama: Nafsu Seksa